Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi peluang untuk terus menulis di dalam blog yang sederhana ini....hmmm.. kenapa dalam Bahasa Melayu? Sebab kelas LEAP dah habis.. jadi, dah tiada lagi kerja untuk update blog ni...
Kalau dilihat dari tajuk entry ni "Final Exam!!!!".. hahaha.. macam menakutkan.. yerr.. memang menakutkan.. diam tak diam, sem 2 bagi tahun 1 bakal berakhir.. tak sangka masa tersangat pantas berlalu.. dulu rasa macam "bila lah nak jadi senior.. dan sekarang lagi 3 minggu habis sem 2 dan lagi 3 bulan nak jadi pelajar tahun 2.. Subhanallah..
Baiklah, sejujurnya.. bila tiba waktu periksa mesti semua orang rasa nervous, takut, gugup, berdebar-debar dan seangkatan waktu dengannya.. tapi.. itulah kehidupan.. dalam realiti kehidupan sendiri kita tak pernah lari daripada ujian. Ujian itu adalah salah satu rahmat Allah dlam menguji keimanan hambanya.. orang yang diuji itu adalah antara orang yang disayangi Allah..
Pada 10 haribulan Jun, maka bermulalah kertas pertama bagi peperiksaan akhir ini.. sejujurnya.. rasa macam nak nyorok bawah katil.. tersangat la debar nak ambil periksa kali ini.. tambahan pula, semakin tinggi aras pembelajaran, semakin susah subjeknya.. harapnya, dengan usaha yang dah dilakukan.. akan adalah sinar kejayaannya.. In Shaa Allah..
Dulu ada satu kem masa disekolah rendah.. penceramah tu guna istilah"D.U.I.T" yang sampai hari ini saya pegang.. bukannya duit kertas yang ada angka, warna hijau, oren dan sebagainya tu.. D.U.I.T di sini ialah:
D= Doa
Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh berhenti berharap.. sesungguhnya Allah tu Maha Pendengar setiap doa hamba-hambanya.. dengan bersujud dan berdoa tanpa putus asa dan yakin dengan Allah.. In Shaa Allah akan ada sinar kejayaan.. jangan pernah lupa untuk solat fardhu.. sesuatu yang wajib bagi seorang muslim.. solat adalah tempat kita mengabdikan diri, menjadikan kita selemah-lemah makhluk yang sedang berhadapan dengan Maha Pencipta.. lagi indah kalau dapat disertai dengan solat-solat sunat sebagai pengukuh hubungan dan cinta kita kepada Allah.
U= usaha
Usaha disini ialah belajar dengan bersungguh-sungguh.. kalau berdoa 24 jam tetapi tiada usaha.. macam mana Allah nak bagi kita kejayaan.. usaha secara berterusan dan niat belajar adalah kerana Allah.. ya benar! kita belajar sebab nak exam.. tapi tempatkan dihati segala yang dilakukan asalah kerana Allah.. In Shaa Allah pahala untuk kita.. jangan study last minit! bahaya! belajar dari awal secara berterusan, sentiasa ulangkaji nota dan buat latihan.. ingat!"Hardworking Never Betray".
I= Istiqamah
Istiqamah disini ialah buat secara berterusan.. bukannya sekejap buat sekejap tak.. senang cerita asyik nak ikut mood je.. mood baik baru nak study kalau tak buku jadi bahan pameran je atas meja belajar.. dalam lakukan sesuatu, istiqamah sangat penting.. yakinlah.. sesuatu yang dilakukan secara istiqamah umpama kita berusaha yang terbaik untuk dapatkan.. In Shaa Allah, apabila kita istiqamah, akan ada sesuatu yang terbaik untuk kita.
T= Tawakal
Apabila kita dah selalu berdoa, berusaha dan melakukan semuanya berterusan, berserahlah kepada Allah sepenuhnya.. yakin dengan Allah bahawa setiap apa yang dikurniakannya pada akhir nanti adalah yang terbaik untk kita.. Allah tidak pernah menganiaya hambanya malahan Allah Maha Mengetahu apa yang terbaik untk masa depan kita.. yang penting usaha dan doa.. moga Allah memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita..
Baiklah... malam sudah larut.. saya nak ucapkan Selamat Maju Jaya kepada rakan-rakan Tahun 1Geoinformatik yang bakal menduduki peperiksaan pada hari Rabu ini.. Subjek Survey and Mapping 2.. subjek core tu... tiada apa la.. kita dah belajar dengan pensyarah-pensyarah yang bagus, dah dapat banyak ilmu.. dalam minggu ulangkaji ni,, belajar lah dengan sebaik mungkin.. Goodluck Semua!! :)
10 Jun - Survey and Mapping 2
13 Jun- Academic English Skills
14 Jun- Creative and Critical Thinking
16 Jun- Principle of Photogrammetry and Remote Sensing
21 Jun- Computer Programming 1
23 Jun- Mathematics for Geoinformatics